Pengenalan My-Shoppe Souvenirs, Koperasi UNIMAS Berhad
Koperasi UNIMAS Berhad menawarkan perkhidmatan runcit sebagai perkhidmatan utama. Di samping itu, perkhidmatan kredit juga disediakan kepada anggota KUB. KUB mempunyai bebarapa cawangan urusniaga dalam kampus di Kota Samarahan iaitu MyShoppe Kolej Bunga Raya, MyShoppe Kolej Cempaka, MyShoppe Timur dan MyShoppe Souvenirs.
MyShoppe Souvenirs memudahkan warga universiti, para pelawat dan orang awam untuk mendapatkan bekalan cenderahati UNIMAS yang lengkap dengan logo serta rekabentuk yang menarik samada untuk dijadikan sebagai hadiah, koleksi, kegunaan harian, promosi dan sebagainya lagi.